Bagi mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga atau lebih sinonim dengan perkataan berkahwin, hubungan seks sepatutnya menjadi detik indah dan mengembirakan antara kedua belah pihak. Masing-masing perlu memainkan peranan agar pasangan berasa gembira dan puas dipenghujungnya. Teruskan bacaan anda untuk ketahui 10 panduan seks bagi mereka yang baru sahaja berkahwin.
- Tidak Perlu Terburu-Buru
Seeloknya, cari waktu yang tenang dan aman ketika hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan. Elakan dari terburu-buru kerana seks bukanlah suatu perlumbaan. - Pelbagaikan Rangsangan
Gunakan kreativiti anda untuk beri ransangan kepada pasangan. Tidak hanya ciuman sahaja, ada pelbagai lagi cara dan gaya untuk membuatkan pasangan lebih terasangan untuk melakukan seks. - Puji Memuji
Pasangan mana yang tidak suka bila dipuji. Pujilah pasangan untuk menghadirkan rasa positif dalam diri mereka. Tapi perlu anda ingat, pujian yang hendak diberikan haruslah kedengaran ikhlas untuk mengelakan pasangan menganggap anda sekadar mengambil hati. - Fokus
Jangan sesekali biarkan minda anda terganggu dengan perkara lain ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan. Minda yang terganggu dengan urusan lain akan merencatkan detik indah hubungan seks. - Peka Dengan Kehendak Pasangan
Anda perlu peka dengan apa yang pasangan anda suka dan apa yang tidak suka. Cara ini mampu mendatangkan rasa bangga pada pasangan anda terhadap anda. - Ciuman
Jangan sesekali ambil remeh tentang ciuman kerana ciuman adalah perintis kepada kehangat sesebuah hubungan seks. - Haruman
Wangian punyai tarikan yang tersendiri dalam hubungan seks. Anda perlu peka dengan wangian yang mampu meningkatkan rangsangan pasangan anda. - Eksperimen
Setiap pasangan haruslah bersifat terbuka dalam melakukan hubungan seks dan bersedia unutk mencuba apa sahaja yang diinginkan pasangan selagi tidak melampaui batas. - Jaga Kecantikan dan Kebersihan
Tidak kira lelaki atau perempuan, kecantikan dan kebersihan sangat dititik beratkan sebelum melakukan hubungan seks. - Elakkan Beri Tekanan
Jangan terlalu beri tekanan kepada pasangan untuk memenuhi keinginan seksual anda. Jika ada yang kurang, cuba sampaikan secara lembut agar pasangan tidak rasa tersentuh.