6 Petua Untuk Sentiasa Awet Muda

Dalam dunia kecantikan bagi wanita, siapa yang tidak mahu kelihatan tidak cantik. Pastinya ramai dikalangan wanita yang sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk merawat diri agar kelihatan sentiasa awet muda. Untuk makluman, awet muda bukan sekadar pada wajah sahaja. Badan yang sihat tanpa sebarang penyakit juga tergolong dalam kategori awet muda. Disini kami kongsikan 6 petua awet muda yang perlu para wanita ketahui.

  1. Tidur Mencukupi
    Tidur yang lengkap adalah antara enam hingga lapan jam sehari. Ini tidur pada sebelah malam. Pada siang hari, anda juga boleh cuba tidur seketika. Tujuannya unntuk mengurangkan stres pada tubuh. Posisi tidur juga membantu. ada cadangan, agar tidur terlentang untuk mengelakkan kulit muka berkedut. Sebaik-baiknya, tiru tidur Rasulullah s.a.w yang terbukti sihat dan menghindari penyakit.
  2. Elakkan Minuman Bergas
    Minuman bergas, mengandungi gula yang tinggi dan tidak bagus untuk organ dalaman. Jika terlajak minum, berusahalah untuk minum air kosong secukupnya agas kulit kembali segar. Minuman berkafein juga dikatakan tidak bagus untuk tubuh.
  3. Tidak Merokok
    Merokok bukan sahaja mengundang bahaya pada si perokok malah individu disekitarnya. Nikotin dan kandungan kimia berbahaya yang terkandung di dalam rokok turut merosakkan struktur kulit. Ia mengundang proses penuaan yang berganda. Keseronokan seketika, akhirnya mengundang pada yang berpanjangan.
  4. Banyakan Buah Dan Sayuran
    Amalan makan buah sebelum makan nasi adalah amalan yang baik untuk kesihatan. Buah-buahan dan sayuran hijau mengandungi vitamin-vitamin yang baik untuk kulit yang lebih cantik.
  5. Makan Ikut Piramid Makanan
    Fahami piramid makanan dalam rantaian makanan harian kita. Ketahui apa yang paling utama dan apakah makanan yang paling sedikit yang perlu diambil. Karbohidrat dan protein adalah makanan uji yang kita perlukan. seimbangkan dengan buah dan sayuran serta tenusu. Kurangkan makanan berlemak yang tidka bagus untuk kesihatan dan kulit wajah.
  6. Jaga Kulit Anda
    Jika anda bekerja di dalam bangunan berhawa dingin, gunakan pelembap atau krim yang boelh mengelakkan kulit menjadi kering. Jika anda berada di bawah sinaran matahari, gunakan krim pelindung sinar UV untuk kulit sentiasa tampi cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.