Tidak kiralah berapa lama anda sudah mendirikan rumah tangga, setiap kali agenda ciuman pastikan ianya berjalan dalam keadaan yang mendebarkan. Jangan sampai satu tahap, proses ciuman antara suami dan isteri menjadi hambar dan membosankan. Jaga-jaga ye wahai wanita, andai ciuman yang anda berikan suami boleh cari lain.
1. Ciuman di waktu pagi
Ciuman pada waktu ini merupakan pemberi semangat dan inspirasi kepada suami tercinta. Manjakan diri anda dengan ciuman disekitar kening lalu turun ke pipi dan akhirnya ke bibir suami. Andai suami dapat ciuman sedemikian setiap hari, mau boleh berhenti kerja suami sebab nak duduk kat rumah sahaja.
2. Ciuman menggoda
Rata-rata wanita tidak tahu untuk menggoda suami ketika bercium. Caranya mudah, mulakan dengan ciuman biasa, kemudian lepaskan ciuman anda seketika dalam 5 saat dan jaga jarak anda antara bibir anda dengan suami. Jangan terlalu jauh dan jangan terlalu dekat. Kemudian sambung ciuman anda.
3. Ciuman di leher
Jangan ingat hot spot wanita sahaja di leher. Lelaki juga begitu. Oleh itu, rajin-rajinlah beri kucupan hangat di leher suami. Nak lagi best, buat ketika suami anda sedang melakukan sesuatu. Anggap kucupan yang anda berikan sebagai kejutan kepada suami.