Tag Archives: HIV

5 Sebab Lelaki Tolak Pemakaian Kondom

5 Sebab Lelaki Tolak Pemakaian KondomAdakalanya bila masuk alam perkahwinan, ada si isteri yang masih belum bersedia untuk mengandung. Disebabkan itu, terpaksalah si suami pergi beli kondom dan memakainya bagi memastikan isteri tersayang tidak mengandung. Tapi sampai bilakah si suami perlu memakai kondom ketika persetubuhan halal? Ikuti perbincangan 5 sebab lelaki tolak pemakaian kondom.

1. Mengandung adalah tanggungjawab wanita
Mengandung hanya untuk wanita. Itu merupakan ayat biasa yang digunakan lelaki untuk tidak mengenakan kondom. Tahukah anda bahawa kondom juga berfungsi untuk mencegah HIV.

2. Tiada size yang sesuai
Bila tidak ada size, tidak perlu pakai. Ramai lelaki diluar sana beranggapan bahawa kondom di pasaran semuanya bersize kecil. Macamlah korang punya burung tu besar sangat, puiii.

3. Persetubuhan lebih nyaman dan nikmat
Ramai lelaki beranggapan tanpa kondom, persetubuhan lebih best dan seronok. Tahukah anda wahai lelaki, pelbagai kajian dijalankan terhadap kondom bagi memuaskan nafsu serakah anda.

4. Bau kondom mengurangkan ghairah
Ada lagi ke kondom yang berbau pelik? Dengarnya sekarang ada pelbagai jenis. Siap ada haruman lagi tu. Tak tau betul ke tak.

5. Sudah jalani ujian kesihatan
Dengan alasan sudah menjalani ujian kesihatan, lelaki beranggapan bebas melakukan apa sahaja. Jangan bongkak, bila-bila masa sahaja boleh kena penyakit. Kalau isteri masih belum bersedia untuk dapat anak, pakailah kondom. Benda boleh bincang.