Kami tahu anda tidak suka heboh-heboh dalam bab mencium wanita atau pasangan anda. Namun anda harus tahu bahwa ciuman juga merupakan salah satu bahasa universal yang menunjukkan rasa cinta, kasih sayang sehinggalah ia sebagai tanda ghairah seseorang terhadap pasanganya. Continue reading
Tag Archives: jenis ciuman
7 Jenis Ciuman Yang Mampu Membuatkan Pasangan Mabuk Kepayang
Dalam hubungan suami isteri, anda digalakan untuk selalu bersentuhan bagi menambahkan lagi rasa kasih dan sayang. Anda boleh cuba beberapa jenis ciuman ini bagi membuatkan dunia ini seperti anda dan pasangan anda yang punya. Disamping itu, ianya juga akan mengeratkan lagi hubungan ikatan antara anda berdua. Teruskan bacaan untuk ketahui 7 jenis ciuman yang mampu membuatkan pasangan anda mabuk kepayang. Continue reading
7 Jenis Ciuman Dan Maknanya
Bercium merupakan sesuatu yang indah untuk mengekspresikan cinta pada insan yang tersayang. Ciuman boleh dilakukan dipelbagai tempat dan bukan hanya tertumpu pada pipi sahaja. Tahukah anda bahawa setiap ciuman pada tempat yang tertentu mempunyai maksud yang tersendiri. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui jenis ciuman dan maknanya. Continue reading
8 Jenis Ciuman Dan Ertinya
Ciuman merupakan salah satu tanda bentuk rasa sayang antara dua insan. Namun tahukan anda ada beberapa jenis ciuman yang memberi makna yang berbeza. Ketahui jenis dan makna ciuman yang anda berikan agar si dia tidak terluka dengan anda. Semoga hubungan anda kekal sampai bila-bila.
Ciuman Di Kening
Jarang orang kita buat ciuman di kening. Ciuman di kening menandakan perasaan yang ‘hangat’. Ianya juga memberi makna ‘Aku ingin kita bersama selamanya’. Continue reading
3 Gaya Ciuman Yang Membuatkan Lelaki Tergila-gila
Tidak kiralah berapa lama anda sudah mendirikan rumah tangga, setiap kali agenda ciuman pastikan ianya berjalan dalam keadaan yang mendebarkan. Jangan sampai satu tahap, proses ciuman antara suami dan isteri menjadi hambar dan membosankan. Jaga-jaga ye wahai wanita, andai ciuman yang anda berikan suami boleh cari lain.
1. Ciuman di waktu pagi
Ciuman pada waktu ini merupakan pemberi semangat dan inspirasi kepada suami tercinta. Manjakan diri anda dengan ciuman disekitar kening lalu turun ke pipi dan akhirnya ke bibir suami. Andai suami dapat ciuman sedemikian setiap hari, mau boleh berhenti kerja suami sebab nak duduk kat rumah sahaja.
2. Ciuman menggoda
Rata-rata wanita tidak tahu untuk menggoda suami ketika bercium. Caranya mudah, mulakan dengan ciuman biasa, kemudian lepaskan ciuman anda seketika dalam 5 saat dan jaga jarak anda antara bibir anda dengan suami. Jangan terlalu jauh dan jangan terlalu dekat. Kemudian sambung ciuman anda.
3. Ciuman di leher
Jangan ingat hot spot wanita sahaja di leher. Lelaki juga begitu. Oleh itu, rajin-rajinlah beri kucupan hangat di leher suami. Nak lagi best, buat ketika suami anda sedang melakukan sesuatu. Anggap kucupan yang anda berikan sebagai kejutan kepada suami.
Wanita Suka Bila Bahagian ‘Hot Spot’ Di cium
Kepada suami diluar sana, sila ambil nota sedikit tentang bahagian tubuh isteri anda yang dia suka hingga jadi anggau bila anda cium dan belai. Jangan nak sedap sendiri sahaja hingga mengabaikan kepuasan isteri. Yang masih duk couple jangan nak bercerita tentang ini semua, penerajang aku bagi nanti.
1. Telinga.
Telinga merupakan bahagian tubuh yang sering abang-abang lupakan. Apa salahnya kalau abang-abang belai dan usap disamping beri sedikit gigitan manja kat telinga tu. Jangan gigit kuat-kuat, bergaduh nanti. Dengan belaian dan usapan manja di bahagian telinga, mampu merangsangkan isteri anda.
2. Leher.
Ini aku percaya ramai suami yang suka cium. Berilah kejutan kepada isteri pada ketika isteri sedang cuci pinggan dan sebagainya dengan ciuman manja dibahagian leher. Pandai anda usap, tidak mustahil isteri menangguhkan apa yang dibuat pada ketika itu dan ingin terus bersama anda.
3. Wajah.
Aku tekankan disini, tolong cium sahaja dibahagian wajah. Cium dengan lembut. Jangan sesekali gigit atau jilat di bahagian wajah. Dengan perbuatan gigit atau jilat, para suami nampak bodoh dan kelihatan tidak seksi disitu. Janganlah jilat muka isteri korang yang dah tersedia cun melecun tu.
4. Tulang Selangka.
Bahagian ini ramai suami lupa. Gelojoh sangat terus kebahagian payudara. Relex bro relex. Cium dulu tulang selangka isteri anda sebab isteri anda memerlukan ciuman anda dibahagian tulang selangka. Apa itu tulang selangka? Tulang selangka tu terletak secara melintang dimana tulang itu yang menyambungkan bahu dengan badan.
5. Payudara.
Lepas cium tulang selangka, barulah turun ke payudara. Jangan aim puting je, pastikan anda sebagai suami cium secara menyeluruh. Diingatkan bahawa jangan sesekali memberi rasa sakit kepada isteri ketika anda sedang cium payudaranya.
6. Pinggul.
Jangan abaikan pinggul isteri anda kerana ianya memerlukan ciuman dari anda. Dengan memberi ciuman di bahagian pinggul, ia mampu memberi dan mengalirkan arus kenikmatan kepada bahagian utama yang anda tuju.
#Untuk kepuasan bersama, suami perlu study sikit dan isteri jangan malu-malu untuk minta.