Tag Archives: kisah percintaan

6 Sikap Wanita Yang Mampu Melukai Hati Lelaki

6 Sikap Wanita Yang Mampu Melukai Hati LelakiTidak hanya wanita sahaja yang mampu sakit hati dilakukan lelaki, lelaki juga mampu berasa sakit hati dengan sikap wanita. Adakalanya bila kita terlalu rapat dengan pasangan, kita sering melontarkan kata-kata dan gurauan yang mampu mengguris hati pasangan tanpa kita sedar. Akhirnya, pergaduhan akan terjadi. Oleh itu, ketahui 6 sikap wanita yang mampu melukai hati seorang lelaki yang disayangi. Continue reading

5 Perkara Wanita Inginkan Dari Lelaki

Love-Wallpaper-love-30704963-1920-1200Ramai lelaki tidak tahu bahawa dalam perhubungan, ada perkara yang wanita inginkan dari pasangannya. Kaum adam, perlu lakukan sesuatu untuk memenuhi apa yang kaum hawa inginkan. Andai tidak, anda boleh ucapkan selamat tinggal alam percintaan.

1. Dilindungi
Kepada lelaki, bila wanita rapat sikit dengan anda, jangan anggap dia nak bersetubuh dengan anda sebaliknya wanita ingin dilindungi. Wanita rasa selamat bila berdampingi dengan orang yang disayangi.

2. Wangi
Jangan anggap bau ketiak anda selalu seksi. Adakalanya bau yang terhasil dari anda wahai lelaki merimaskan pasangan anda. Kenakan sedikit wangian sebelum keluar agar hubungan anda sentiasa nyaman. Kalau rasa badan cepat berpeluh, elakkan pergi ketempat panas.

3. Kejutan
Wanita memang suka kejutan. Kejutan yang macam mana, itu terpulang kepada kreativiti lelaki itu sendiri. Sebelum buat kejutan, terlebih dahulu kaji pasangan anda samada dia suka berada dikhalayak ramai atau tidak. Jangan nanti dia beranggapan bahawa anda bukan beri kejutan sebaliknya memalukan.

4. Telus
Impian bagi setiap pasangan adalah tiada rahsia yang hendak disembunyikan. Wahai lelaki, andai pasangan anda menyoal, jawablah dengan jujur walaupun pahit. Wanita sangat sayang lelaki yang jujur.

5. Badan Ideal
Lelaki yang buncit gemok selekeh tu, cuba tanamkan azam untuk memiliki badan ideal. Paling kurang mempunyai susuk tubuh menarik. Jangan sampai anda dikecewakan hanya sebab bentuk fizikal yang mengecewakan anda sendiri dan pasangan anda.

6 Perkara Anda Lalui Pada Usia 20an

6 Perkara Anda Lalui Pada Usia 20anJika ada berusia dalam lingkungan 20an atau remaja dan belum melalui 6 perkara yang akan dinyatakan seperti dibawah, sila buat persiapan rapi yang secukupnya. Ianya akan datang kepada anda dalam sedar mahupun tidak.

1. Kehidupan Sosial
Kalau masa belajar kita ramai kawan maka perapikan diri untuk kekurangan kawan ketika menceburi alam pekerjaan. Oleh itu, buat baiklah dengan rakan sekerja anda.

2. Benci Pekerjaan
Akan ada satu tahap anda benci dengan pekerjaan yang anda lakukan sedangkan pekerjaan itu lebih baik dari pekerjaan rakan anda.

3. Dikhianati Orang Terdekat
Maklumlah baru nak buka minda, anda mesti mudah ditipu dan rasa tertipu. Oleh itu, sentiasa dampingi kedua ibu bapa anda untuk sebarang nasihat dari mereka.

4. Tidak Berfikir Panjang
Usia remaja, semua main hentam sahaja. Jangan menyesal andai apa yang anda lakukan hari ini mendatangkan kekecewaan di kemudian hari.

5. Bertemu Mr/Mrs Wrong
Dinasihatkan supaya tidak bercinta pada usia ini. Kukuhkan ekonomi anda sebelum mengurat seseorang.

6. Bertemu Orang Yang Menyusahkan
Ya! itulah yang anda terpaksa hadapi. Tapi jangan sesekali untuk simpan di dalam hati sebaliknya hadapi dengan santai agar tidak merosakan perjalanan seharian anda.