Tag Archives: wanita

4 Perkara Membuatkan Wanita Cemburu Buta

penyebab-wanita-cemburu-buta-adalah-4-hal-iniTidak disangkal lagi bahawa wanita memang kuat cemburu dan ada beberapa perkara membuatkan wanita cemburu buta. Adakalanya perkara yang membuatkan wanita cemburu buta itu tidak masuk dek akal yang waras, tapi kali ini disini dibongkarkan beberapa perkara yang menyebabkan wanita cemburu buta.

4 Perkara Membuatkan Wanita Cemburu Buta

Pasangan Kaki Pembohong

Siapa yang tidak cemburu jika mempunyai pasangan yang seorang pembohong. Hati wanita menjadi risau ketika pasangannya berkata ingin keluar bertemu kawan. Kawan yang mana? lelaki atau perempuan? Atau bekas kekasih? Siapa tahukan?

Rapat Dengan Bekas Pasangan

Hati mana yang tidak cemburu bila melihat pasangan rapat dengan Ex mereka. Salah satu sebab sebuah percintaan terputus adalah Ex kembali dalam hidup pasangan anda.

Pasangan Pernah Curang

Ya! anda memaafkan pasangan anda yang pernah curang, tapi adakah hati anda tenang dengan apa yang pernah dia lakukan. Mesti anda rasa tidak selesa dengan keadaan itu sebab takut kejadian itu berulang kembali.

Jarang Bertemu Pasangan

Ini merupakan pernyebab utama wanita cemburu buta. Bila jarang bertemu pasangan, ada sahaja benda negatif yang difikirkan.

4 Sebab Wanita Menjadi Gemuk Selepas Berkahwin

4 Sebab Wanita Menjadi Gemuk Selepas BerkahwinKebanyakan wanita akan naik berat badannya secara mendadak selepas berkahwin. Perkara inilah ramai wanita tidak inginkan. Mereka ingin sentiasa tampil cantik dan langsing dihadapan suami tersayang. Malangnya ada beberapa perkara yang akan menyebabkan wanita bertambah berat badan selepas berkahwin.

1. Persiapan Perkahwinan
Bagi menempuhi hari bahagia ini, wanita akan diet dan tidak makan sebelum bersanding. Kerana itulah ramai wanita kelihatan cantik dan anggun pada hari persandingan mereka. Namun apa yang terjadi selepas hari persandingan mereka, mereka akan makan sebanyak yang mungkin bagi menggantikan apa yang sebelum ini.

2. Makan Bersama Suami
Mengikut kajian, lelaki lebih banyak makan berbanding wanita, tetapi berat badan lelaki susah untuk bertambah disebabkan mereka banyak melakukan pergerakan dan pekerjaan. Oleh yang demikian, mana mungkin si isteri ingin membiarkan suami makan seorang. Mesti hendak berteman.

3. Waktu Di Dapur
Ketika baru berkahwin, pasangan suami isteri lebih banyak menghabiskan waktu bersama untuk memasak didapur. Tidak mustahil bagi pasangan suami isteri naik berat badan pada waktu itu.

4. Kurang Bersenam
Selepas seharian penat mengurus rumah, wanita akan jadi malas untuk melakukan senaman. Disebabkan itulah wanita menjadi gemuk selepas berkahwin. Bagi yang berkemampuan, mereka mempunyai orang gaji sendiri.

P/s: Kepada wanita, buat persedian rapi sebelum berkahwin.

6 Perkara Seksi Lelaki Suka Tentang Wanita

perkara seksi tentang wanitaAda beberapa perkara yang lelaki suka tenang wanita dimana ada diantara perkara tersebut, wanita tidak menyukainya. Oleh itu, kepada wanita yang memiliki perkara yang tersenarai ini, jangan terus gusar sebaliknya bergembiralah dengan hati yang senang kerana akan ada lelaki yang menyukai anda.

1. Pinggul Besar
Wanita yang mempunyai pinggul/bontot yang besar berasa tidak selesa. Jangan risau wanita, berbanggalah dengan pinggul/bontot anda yang besar itu sebab pasangan anda menyukainya.

2. Jelly Belly
Jelly Belly ni adalah timbulan kecil dibahagian perut. Ramai wanita sangka ianya buncit tapi tidak sebenarnya. Dengan adanya Jelly Belly ini, ada sebab untuk pasangan anda bermanja-manja dibahagian perut anda.

3. Payudara
Ramai wanita gusar bila ukuran payudara kecil. Itu tidak menjadi masalah. Lelaki tidak kisah tentang payudara wanita. Kecil atau besar tetap sama. Apa yang membezakannya adalah kebersihan payudara. Oleh itu, jagalah kebersihan payudara anda wahai wanita.

4. Bibir Nipis
Ya! lelaki memang suka wanita yang mempunyai bibir nipis. Tapi, kepada wanita yang mempunyai bibir tebal, jangan buat pembedahan untuk jadi bibir nipis. Selagi anda pandai bercium dengan bibir sedia ada, anda masih kelihatan seksi.

5. Tidak Pakai Make-up
Wanita yang seksi adalah wanita yang tidak memakai make-up. Bila tiada make-up, semuanya kelihatan semula jadi dan segar. Sejujurnya, wanita nampak lebih seksi tanpa ketika tampil dengan tanpa sebarang make-up.

6. Pakai Baju Pasangan Anda
Ini merupakan perkara paling seksi yang patut anda cuba supaya si dia terus mendampingi anda buat selama-lamanya. Mengikut kajian, wanita memang nampak seksi bila memakai pakaian pasangannya.

5 Perkara Wanita Inginkan Dari Lelaki

Love-Wallpaper-love-30704963-1920-1200Ramai lelaki tidak tahu bahawa dalam perhubungan, ada perkara yang wanita inginkan dari pasangannya. Kaum adam, perlu lakukan sesuatu untuk memenuhi apa yang kaum hawa inginkan. Andai tidak, anda boleh ucapkan selamat tinggal alam percintaan.

1. Dilindungi
Kepada lelaki, bila wanita rapat sikit dengan anda, jangan anggap dia nak bersetubuh dengan anda sebaliknya wanita ingin dilindungi. Wanita rasa selamat bila berdampingi dengan orang yang disayangi.

2. Wangi
Jangan anggap bau ketiak anda selalu seksi. Adakalanya bau yang terhasil dari anda wahai lelaki merimaskan pasangan anda. Kenakan sedikit wangian sebelum keluar agar hubungan anda sentiasa nyaman. Kalau rasa badan cepat berpeluh, elakkan pergi ketempat panas.

3. Kejutan
Wanita memang suka kejutan. Kejutan yang macam mana, itu terpulang kepada kreativiti lelaki itu sendiri. Sebelum buat kejutan, terlebih dahulu kaji pasangan anda samada dia suka berada dikhalayak ramai atau tidak. Jangan nanti dia beranggapan bahawa anda bukan beri kejutan sebaliknya memalukan.

4. Telus
Impian bagi setiap pasangan adalah tiada rahsia yang hendak disembunyikan. Wahai lelaki, andai pasangan anda menyoal, jawablah dengan jujur walaupun pahit. Wanita sangat sayang lelaki yang jujur.

5. Badan Ideal
Lelaki yang buncit gemok selekeh tu, cuba tanamkan azam untuk memiliki badan ideal. Paling kurang mempunyai susuk tubuh menarik. Jangan sampai anda dikecewakan hanya sebab bentuk fizikal yang mengecewakan anda sendiri dan pasangan anda.