Archives

Madu Selesaikan Masalah Kulit Muka Berminyak

Jika anda mengalamai masalah kulit muka berminyak anda boleh cuba petua ini. Caranya ambil satu sudu madu lebah, parut sedikit kunyit basah yang telah dibersihkan, kedua bahan tadi dicampurkan, setelah itu sapulah pada muka anda yang bermiinyak. Biarkan selama 20 minit setelah itu barulah anda cuci muka anda dengan air bersih.

Tumit Kaki Pecah-Pecah

Tumit kaki yang pecah-pecah adalah disebabkan oleh ulat air atau alah dengan bahan-bahan kimia seperti sabun pencuci lantai atau simen rumah, anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengamalkan memakai selipar di dalam rumah.

Satu lagi cara, masukkan beberapa keping asam gelugur di dalam besen yang berisi air suam-suam kuku, setelah itu rendamkanlah kaki anda selama setengah jam setiap hari.

Anda akan dapati tumit kaki anda yang pecah-pecah itu akan beransur sembuh.

Masalah Rambut Beruban

Jika anda mengalami masalah rambut yang cepat beruban anda boleh mengatasi dengan petua tradisional.

Caranya, ambil sepuluh helai daun buluh, siat-siatkan supaya halus, setelah itu sapukan rata pada rambut anda. Anda akan dapati rambut anda lambat ditumbuhi uban.