6 Pantang Larang Dalam Hubungan Suami Isteri

6 Pantang Larang Dalam Hubungan Suami IsteriSetiap apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini pasti ada pantang larangnya. Begitu juga dalam hubungan suami isteri. Dalam hubungan suami isteri perlu ada pantang larang agar kehidupan yang dilalui bersama dipenuhi dengan kegembiraan dan bukan tangisan serta pergaduhan. Ikuti kupasan 6 pantang larang dalam hubungan suami isteri yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias.

1. Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.

2. Hindar meninggikan suara?menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.

3. Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.

4. Jangan berbohong dengan pasnagan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.

5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.

6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.