7 Perkara Yang Lelaki Tidak Lihat Pada Wanita

7 Perkara Yang Lelaki Tidak Lihat Pada Wanita

Shutterstock.com

Sebenarnya menjadi wanita ini adalah merumitkan namun menyenangkan. Banyak perkara yang terasa rumit dari pandangan wanita tapi tidak pada lelaki. Teruskan bacaan anda untuk ketahui 7 perkara yang lelaki tidak lihat pada wanita.

1 Ketika Anda Tidak Memakai Makeup
Sebenarnya lelaki tidak terlalu memperhatikan samada anda memakai makeup ataupun tidak. Mereka lebih takut jika anda memakai makeup yang tebal.

2. Siapa Yang Bayar Ketika Dating
Ada sesetengah jenis wanita berasa mereka yang harus belanja pasangan jika ajak untuk keluar dating. Jangan risau wahai wanita, jika lelaki yang mengajak anda keluar dating, mereka sudah menyediakan wang perbelanjaan yang cukup.

3. Terpaksa Tinggalkan Kekasih

Jangan risau untuk tinggalkan pasangan anda untuk anda keluar berjalan dengan kawan-kawan wanita anda. Lelaki tidak mengambil serius jika mereka ditinggalkan pasangan yang hendak keluar bersama kawan kerana lelaki banyak perancangannya.

4. Pening Memilih Pakaian
Jangan hanya kerana pakaian, anda terpaksa membatalkan temujanji anda dengan pasangan anda wahai wanita! Pakai apa sahaja mengikut keselesaan anda asalkan ianya tidak menjolok mata.

5. Menjaga Makan Ketika Keluar Dating
Pernahkah anda terfikir untuk menjaga makan ketika keluar dating semata-mata untuk tidak kelihatan lapar mahupun kuat makan. Lelaki tidak terlalu peduli apa yang anda makan. Mereka hanya fokus pada apa yang anda bicarakan sahaja.

6. Jangan Takut Untuk Sendawa Atau Kentut
Jika anda terasa hendak sendawa ataupun kentut, katakan dahulu pada pasangan dan lakukan apa yang anda hajati. Lelaki tidak akan mempersoalkan apa yang anda lakukan itu. Namun tindakan anda yang mengatakan dahulu apa yang hendak lakukan bertanda anda masih hormat pada pasangan anda.

7. Ukuran Payudara
Jika pasangan anda adalah lelaki yang baik, mereka tidak akan ambil peduli tentang berapa besar ukuran payudara anda. Dengan itu, anda tidak terbeban untuk membesarkan payudara anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.