Mandi adalah aktiviti rutin yang wajib dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ramai yang lebih selesa mandi air panas terutamanya pada waktu pagi. Namun percayalah, mandi air sejuk juga boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh dan kesihatan. Tak percaya? Berikut adalah 6 rahsia mandi air sejuk yang perlu anda ketahui.
1. Tingkatkan Sistem Imuniti
Mandi air sejuk boleh meningkatkan tahap kekebalan tubuh. Dikatakan air sejuk yang membasahi tubuh boleh meningkatkan sel darah putih. Pertambahan sel darah akan melindungi diri dari mudah terkena penyakit-penyakit seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya.
2. Melegakan Selesema
Sekiranya anda terkena selesema, mandilah dengan air sejuk. Menggunakan air hangat untuk mandi ketika selesema hanya akan meningkatkan lagi suhu panas tubuh sekali gus menyebabkan hidung tersumbat.
3. Menurunkan Berat Badan
Berita baik kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Jika sebelum ini anda telah puas berdiet dan melakukan senaman, cuba alternatif ini. Amalkan mandi air sejuk berbanding air hangat kerana ia mampu merangsang penghasilan lemak. Ia kemudiannya bertindak untuk membakar timbunan lemak jahat sekali gus mengurangkan berat tubuh.
4. Atasi Masalah Darah Beku
Bagi anda yang mengalami masalah darah cepat beku, disarankan agar mandi air sejuk secara konsisten. Ia boleh meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh seterusnya menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga.
5. Hilangkan Tekanan
Bekerja seharian di pejabat memang memenatkan. Ditambah lagi dengan tekanan tugas, pastinya menyakitkan kepala. Lari seketika daripada masalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Suhu dingin yang meresap ke dalam tubuh amat membantu untuk merehatkan diri selain berperanan untuk mengingkatkan sistem metabolisme.
6. Sihatkan Paru-Paru
Mandi dengan air sejuk bagus untuk menyihatkan paru-paru. Paru-paru akan terbuka sekali gus membuatkan anda mampu bernafas dengan baik dan selesa.
Bukan itu sahaja, bagi meningkatkan tenaga pada waktu pagi mandi menggunkan air sejuk. Ia juga membuatkan bada berasa lebih cergas dan bertenaga.