Bukan anda sahaja ada keinginan ketika melakukan hubungan seks, tetapi juga pasangan anda. Ketahuilah, keinginan wanita lebih hebat daripada lelaki. Anda perlu lebih peka dan bersedia untuk memenuhinya. Entri kali ini membongkar 10 rahsia keinginan wanita dalam seks.
1. ANGKAT DIA
Give her a lift! Ini rahsianya. Jangan terkejut sekiranya pasangan inginkan anda untuk mengangkatnya, membawanya rapat ke dinding dan serta merta menyentuhnya. Mungkin ia kedengaran agak klise, tetapi inilah antara aksi yang diidamkannya.
Percayalah, perbuatan ini merupakan antara yang paling diminati wanita masa kini, hampir 55% mengatakan ya. Itu laporan daripada kaji selidik laman sesawang Vemale.com. Oleh itu, sebelum memulakan seks, ringankan tulang anda untuk mengangkat, menyentuh dan bawa terus ke babak seterusnya – di ranjang tentunya.
2. KASARI SI DIA
Seks kasar wajar dijauhi tetapi seks lembut pula adakala membosankan. Jadi, tidak salah sekiranya anda mengasarinya sedikit, asalkan tidak mendatang sebarang kecederaan mahupun luka pada tubuh badannya.
Sekali sekala apa kata anda cuba untuk menarik keras rambutnya, mengoyakkan pakaiannya, mencekik lehernya mahupun menggenggam betisnya. Tunjukkan kekuasaan anda melalui sikap rakus terhadap dirinya. Percayalah, this is a major turn-on for the ladies!.
3. SERLAHKAN ROMANTIS
Bersikap romantis ketika pada awal permulaan cinta dan ketika berada di atas ranjang bersamanya adalah dua perkara yang berbeza, tapi motifnya sama – to win her over!. Oleh itu, jangan sesekali anda mengendahkan akan kepentingan bersikap romantis ketika seks.
Memakai bau-bauan, meletakkan kelopak bunga di atas katil, mahupun membakar lilin aroma di setiap penjuru bilik. Siapa yang tidak tertawan bukan? Amalkan dan jangan tunggu pasangan anda untuk membuatnya.
4. TANGGALKAN BAJUNYA…PERLAHAN-LAHAN
Seks tidak semesti perlu disegerakan. Seperti diketahui, sex is not a timeline. Tiada garis masa untuk menyudahkannya. Oleh itu, jangan terlalu ikutkan kemahuan. Yang penting, ambil masa anda. Tindakan membuka baju sendiri dan pasangan antara babak paling seksi ketika seks.
Apa yang pasti, wanita tidak ingin bajunya dilucutkan terus dari badannya tanpa ada foreplay mahupun seks oral. Lelaki perlu amalkan untuk membuka satu persatu pakaian pasangan perlahan-lahan. Jangan gopoh ikutkan nafsu. Biarkan isteri tahu yang anda sedang menikmati momen seks ketika itu.
5. PENUHI FANTASINYA
Sex fantasy is a guilty pleasure. Adakala ia boleh mewujudkan dilema, tetapi hasilnya pasti mengujakan. Sebenarnya, wanita terbuka untuk ruang bermain fantasi, tetapi ia perlulah bermula dengan anda terlebih dahulu. Tanyakan kepada si dia, jika dia berminat untuk anda membawa watak tertentu sebelum bermulanya seks.
Tidak kisahlah apa jua karakter, ia mampu mewujudkan pengalaman baru dalam rutin seks anda berdua. Tip patut ikut – Jangan takut untuk kelihatan kelakar di hadapannya, tetapi perlu mainkan karakter yang diberi sehabis baik. Janganlah sampai anda pula yang tertekan.
Sumber : Maskulin.Karangkraf
6. LELAHKAN DIA
‘Sex can be an adrenaline rush for some people. It’s chaotic, but it’s magical’. Ini adalah bingkisan kata-kata daripada pakar terapi seks terkenal Laura Berman, Ph.D. Seks yang mendatar tanpa didorong oleh aksi kasar dan memberahikan sewajarnya dielakkan.
Oleh itu, lelaki perlu berbuka untuk melelahkannya – iaitu mengasarinya dengan penuh etika, di samping menawarkan ‘sesuatu’ untuk diusahakannya. Biarkan si dia kepenatan, asalkan seks anda berdua berakhir dengan satu kepuasan.
7. BERIKAN ARAHAN
Do not sit there and do nothing!. Berdasarkan penyelidik seks Universiti Indiana, Debby Herbenick, wanita menggilai seorang lelaki di ranjang yang bersedia untuk ambil alih (take charge) dalam setiap aksi dalam perjalanan seks tersebut.
Wanita sebenarnya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang arahan, asalkan ia bersesuaian dan boleh diterima. Arahan tidak semestinya dengan kata berjela, cukup sekadar aksi spontan dengan bantuan sedikit upaya.
8. MANISAN
Jika dilihat dalam mana-mana filem romantis sekalipun, pastinya babak seks diselangi dengan kehadiran manisan dalam mewarnai babak perhubungan. Mudah, ambil ilham daripada babak tersebut dan lakonnya semula. Bawa masuk manisan seperti coklat, strawberi, susu manis, madu dan apa saja yang bersesuaian.
Selain dihalakan ke mulut, tidak salah untuk anda bermain dengan ‘prop’ ini. Pandai-pandailah anda untuk meletakkannya di mana-mana sudut tubuhnya, dan mulalah beraksi. Pasti hangat bukan? Jangan pula anda bawa masuk sekali daging stik mahupun nasi goreng pula!.
9. GELETEK
Kata orang-orang tua, geletek-geletek manja. Sentuhan ringan seperti geletek ‘tickle’, cuit ‘squeak’ mahupun cubit ‘pinch’, merupakan sentuhan ‘ajaib’ yang boleh anda usahakan. Wanita sebenarnya tidak mahu perjalanan seks mereka terus di pertengahan mahupun klimaks.
Wanita lebih suka lelaki untuk melayani mereka seperti ‘bayi’ yang ingin dibelai dan dimanja. Selain menggunakan jari jemari, geletek menggunakan bulu ayam (feather) boleh memberahikan dan memberikan impak ‘elektrik’ ke atas kulit lembut mereka. Cubalah.
10. TERUS BERCUMBU, JANGAN HENTI!
Jangan abaikan kuasa ciuman yang sebenarnya antara keinginan seks paling wanita idamkan. Namun berdasarkan kaji selidik seks yang dijalani responden daripada Universiti California melalui penyelidikan Family and Sex Studies In Comparison Views, ada menyatakan bahawa lelaki gagal untuk mengetahui ciuman lama dari mulut ke mulut (termasuk menggunakan bibir) adalah sesuatu yang amat digilai wanita. Mereka ingat ciuman hanya berkuasa sementara. Itu silap! Oleh itu, teruskan mencium dan mencium dirinya. Biarkan hela nafas jadi penghubung dan penutup.