8 Fakta Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

JIka sebuah perhubungan itu gagal sampai ke penghujungnya, pasti lelaki yang sering dipersalahkan. Dikatakan bahawa lelaki gagal untuk mengenali hati si dia dan sebagainya. Namun begitu tahukan anda wahai ladies, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang lelaki. Teruskan bacaan anda untuk ketahui 8 fakta lelaki yang perlu anda tahu.

  1. Lelaki boleh menjadi seorang yang begitu sensitif dan adakalanya menjadi seorang yang prihatin.
  2. Bila lelaki cakap, “Hmm tengoklah dulu”. Itu bermakna dia terus membantah ataupun kurang setuju.
  3. Bila lelaki bersikap jujur dan terus terang, fahamilah maksudnya dan jangan terus menilai dari sudut yang negatif.
  4. Lelaki seorang yang kuat cemburu terutamanya bila pasanganya asyik menyebut nama lelaki lain.
  5. Putus cinta? Lelaki juga bersedih, cuma mereka tidak menunjukan rasa sedih mereka depan orang.
  6. Sebenarnya lelaki susah untuk mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh pasangannya.
  7. Lelaki mengharapkan pasangannya menerima kelemahan yang mereka ada kerana mereka bukanlah 100% sempurna.
  8. Lelaki mudah dipujuk. Yup betul tu. Lelaki sangat mudah dipujuk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.